nufnang

Jumaat, 27 Disember 2013

deco je minggu ni.

ALHAMDULILLAH.. selamat dah sambut hari lahir budak kerja..tp rasa mcm kawan je yg lebih..Amm tq, u are one of the most important person in my life..deco kek pon macam bertingket-tingket..nak online pn tak sempat..
  Pada yang ingin order blh pm sy kt facebook id fb Matleay.yg nk call terus boleh jugak 0139438823..
  oklah ..banyk kerja lagi nak disiapkan ni..assalamualaikummm...LOTS OF LOVE

Isnin, 23 Disember 2013

rezeki tahun depan

Syukur Alhamdulillah,di lamar sebuah sekolah untuk tahun depan.. trima kasih jgk Nor Azman Nor..
~by the way, Muhammad Ridzuan, stabil target next yae then mu tggu aku datang deh..trimas tlg doakn sekali..n fellas yg lain terima kasih jgk tlg doakan saya
~last sekali ptg ni ade chese lelehh strawberi di pasar malam gunung deh..
~tahun depan jawapan meroti lah gamaknyee sampai lebamm

Rabu, 11 Disember 2013

jabatan pertanian datang melawat

Alhamdulillah lawatan jabatan pertanian hari ini..diorang suka dengan bengkel sekarang walaupon tidak lah comel mana.
  Insyallah tunggu jawapan dari mereka je lagi dan tunggu surat dari satu lagi jabatan mungkin dua minggu lagi..tak sabar tunggu surat yang satu lagi ni
~apepon layan la gambar untuk hari ni
~saya bukan main-main lagi

Ahad, 8 Disember 2013

hari yang sibuk

Alhamdulillah..
-hok mane nak rase roti blh g try kedai cabang tiga pasir tumbuh dkt esso..
-nk rase cheese meleleh n hokkaido buleh mai mydin kubang kerian
maaf la update status yg kerap amat hari ni..
~warga kampung gunung dan bachok blh try hokkaido n cheese meleleh ni di pasar malam gunung mlm ni
~hokkaido~cheese meleleh
~roti gula~hokkaido~cheese meleleh

Rabu, 4 Disember 2013

chese meleleh kota bharu

Dengar kat situ leleh sana leleh sini leleh..Memang tangkap leleh la wa ckp sama lu..
  Saya sebenarnya yang bukan peminat cheese pn memang terpaku jugak dengan rasanye kek keju meleleh ni..Sedap gile.Apalagi kalau yang dah pure cheese fan..Menjheritlah jawabnye..
  Saya try yang base kek coklat yang manis dan dilapisi keju yang masam-masam manis pulak..Then kat atas tu parut keju cheddar yang halus je..
  Nak giler lagi..letak buah-buahan masam atau fillin yang masam kat atas lapisan luar tu..
  memang kaw-kaw la..Insyallah jumaat ni  6/12 akan berada di mydin mall kubabg kerian,kota bharu kelantan..

-Ade yang berminat nak jadi ejen or dealer blh call /sms direct terus nombor saya
0139438823

Sabtu, 30 November 2013

Door gift dan candy booth

Alhamdulillah,penutup bulan November..Dapat rezeki untuk doorgift tu memang dah biasa tapi yang candy booth ni memang first time.
   Betapa berdebarnye tuhan sahaja tahu,semua kena buat depan orang masa candy booth tu.Deco kek dan cupcake, persiapan coklat fountain..huuu tapi alhamdulillah berjaya
  30November tarikh majlis tapi 27 november memang dah sibuk gilerr..Tido pun tak lena fikir pasal candy booth nii..  
  Sisipan gambar semasa persiapan dan semasa majlis berjalan..

Ahad, 24 November 2013

ombre kek

Kegigihan dan usaha ..itulah yang saya selalu pegang dan buat.Selain minat / passion ,sesuatu benda tak akan menjadi seperti apa yang mereka yang lain yang telah berjaya lakukan.
  Passion saya,buat benda hingga saya dan orang ramai puas hati ,terutama dalam masakan.Bukan setakat puas hati sahaja tetapi biar ia menjadi macam yang orang lain yang berjaya telah lakukan.Benda masakan ni tak boleh syok sendiri,kena open minded ,tahan kutukan,ejekan,dan sedia terima teguran tambahan lagi macam saya ni bakers lelaki pulak..
Tapi alhamdulillah ..sabar..usaha dan minat insyallah menjadi..Satu lg untuk keberkatan..,banyakkan bersedekah dan utamakan ibu..Ibu terdahulu bg anak lelaki dan bapa sekali tidak dilupakan..Insyallah rezekimu Allah bagi tidak putus-putus

Selasa, 12 November 2013

PENGEDAR CUPCAKE HOKKAIDO

  ALHamdulillah,,syukur ke hadrat ilahi kerana masih memberi saya ruang untuk menulis tentang blog ini walaupon agak sibuk sekarang ini.Syukur juga kepada Allah s.w.t kerana telah memberi saya kekuatan dan kesihatan sepanjang perjalanan hidup ini.
  Semalam lebih kurang pada pukul 7.30 pm lepas saya solat maghrib ,saya mendapat satu mesej' Salam puan ,boleh tak saya nak jadi pengedar kek puan ,dan apa syaratnye'.Yang paling lawaknye panggilan 'puan',,heheh salah saya jugak sebab di profile blog memang tak perasan jantina tu female ghupenye..hheeheh..
  Dulu memang saya sekadar sahaja isi masa lapang ,dan dikira suka-suka sahaja dengan buat blog ini.Macam isi masa lapang katakan .Lagipon,nak macam orang lain.Orang ade blog ,saya pon nak ade blog.Tapi memang tak disangka,Rupenye dalam Blog pon boleh cari rezeki dan sememangnye ade yang baca.memang tak terfikir pon akan ade orang yang tengok blog saya ni.
  Ok,berbalik pada cerita asal,,seorang hamba Allah ni nak jadi pengedar untuk kawasan Kota Bharu.Pengedar agen atau ape-ape nama seumpama dengannya sangatlah dialu-alukan bagi pihak saya.Mungkin di kawasan Kota Bharu saya memerlukan lebih dari tiga pengedar.Dan memang masih ramai lagi yang mungkin saya perlukan,banyak lagi jajahan yang perlu dijajah.Tanah merah,Gua musang,Kula krai,Bachok ,Rantau panjang dan banyak lagi tempat yang belum saya punyai pengedar.
 Awal bulan depan insyallah akan dilancarkan dua produk baru,,insyallah dan mudahan semua kana berjalan lancar,aminn.
  Insyallah,,kalau kena dengan tepat dan waktu,saya akan hantar barang itu sendiri kepada agen saya.Dan insyallah boleh buat duit sekali kalau rezeki Allah menyebelahi anda untuk menjadi Agen saya.
   Jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah terus hubungi saya di talian ; 0139438823.
Boleh call/sms/whatassp/weechat=semua nombor yang sama.
  Kepada yang nak add facebook boleh add (Matleay) atau kalau tak jumpe boleh la masukkan email ; leaviathan55@gmail.com.
  Jangan lupa lawati juga page saya www.facebook.com/dailytasty.
Ok setakat ini buat masa ni,saya nak drift kereta pulak ni,nak hantar hokkaido untuk pengedar area Wakaf che yeh..

Salam sayang dari saya,
(Lan) 
     

Sabtu, 2 November 2013

roti burger,loaf dan benggali

suka yang amat sangat..syukur ke hadrat ilahi beri saya rezeki untuk masuk kelas di jalan padang enggang..di tempat kak emillia..
  Best sangat..semua sifu dan otai kek dan roti tidak sombong ..Begitu juga dengan tenaga pengajar puan Nor jannah..Sangatlah mesra..dah macam family pulak..
  Dan yang paling penting ..Insyallah awal bulan 12 akan keluarkan produk roti jenama DAILY TASTY..insyallah..aminn

Sabtu, 26 Oktober 2013

majlis tahlil dan kesyukuran

sempena majlis tahlil untuk ke 40 hari arwah emak saya..saya dan keluarga membuat majlis makan gulai daging,gulai kambing,ikan kering goreng,ayam goreng dan sambal belacan..
  Yang paling penting semua masak sendiri..Asah bakat la katakan untuk mempraktikkan ilmu masakan ..insyallah untuk buka katering sendiri nanti..
  Dari pagi sibuk sampai malam..Alhamdulillah semua berjalan lancar...walaupn ade serba sedikit kekurangan..Malam tadi lepas isyak,alhamdullillah kemuncak majlis..memang ramai sangat yang datang..majlis memang paling meriah..terima kasih yaAllah berikan ku kekuatan untuk lalui semua ini..Terima kasih juga untuk masyarakat setempat kerana sudi hadir..

Khamis, 24 Oktober 2013

kepada yang ingin berjaya~usahalahh

kepada sesiapa yg ada rasa dengki / iri hati secara positif dengan kejayaan seseorang, maka berusahalh untuk jadi seperti mereka-meraka yang telah sedia ada berjaya
  Kepada yg iri hati secara negatif sampai guna bomoh2, saya doakan kalian cepat berubah, dan Allah lindungi saya serta dimurahkan lagi rezeki sebab di ainaya orang-orang tak bertanggung jawab..
  kami sebagai pengusaha hidup bukan senang,sebab kami bukan orang kaya.jadual bersama keluarga tidak menentu,rehat,cuti semua kami korbankan.Sampai orang semua tengah tidur lena di tengah malam tp kami usahawan lg gigih bekerjo..
~ape salah kami?,kami kerja tidur lwt pn xde ganggu hidup kalian,harap kalian cepat berubah..aminnn

Isnin, 14 Oktober 2013

oreo cheese kek

br buleh upload
gambar oreo cheese cake ni

oreo cheese cake

Ni nak habaq mai..smlm cheq try kek kejo oreo yg chilled tu..mmg ya allah tangkap leleh laa..sedap giler!!so sempena hari raya aidiladha cheq nk kongsi resipi ni

untuk base/ tapak kek
*200gram biskut oreo dihancurkan dab dibuang krimmnye
mentega cair 70 gram..
-gaul sekali tekankan ditapak loyang loose tin size 7 inci
.simpan dalam peti beku selama 30 minit
untuk filling pula
*250 gram whipping cream diputar sehingga kembang dan pekat.simpan dlm peti sejuk sekejap
*250gram creamcheese mana mana brand dipitar hingga kembang bersama gula castor 80 gram dan cream drpda biskut oreo yang dibuang tadi.
*pada masa yang sama sediakan 60gram air dan 15gram serbuk gelatin dan panaskan.Masak sehingga cair dan sejukkan.
.
*akhir sekali campurkan whipping cream yang telah diputar tadi bersama cream cheese yang telah dipukul kembang tadi.pukul sehingga sebati
*kemudian campurkan gelatin yg dimasak dan disejukkan kedalam adunan creamcheese dan whipping cream tadi dan pukul sebentar sahaja..
#masukkan adunan yang telah siap kedalam loyang dan bekukan semalaman atau 5 jam..

Jumaat, 11 Oktober 2013

persiapan raya

  Alhamdulillah allah beri kesihatan lagi kepada saya meneruskan perjuangan sisa hidup yang allah berikan.Raya tanpa emak masih lagi saya terasa..tetapi Allah gantikan dengan orang yang lain yang mungkin dihantar untuk jadi pengubat rindu..
  Allah telah mengambil beberapa orang yang paling dekat dengan saya...yang paling saya saya dalam waktu terdekat ini..ini ujian Allah ..mungkin memberi saya lebih pengalaman..memberi saya pengajaran supaya menjadi lebih kuat dan bersemangat..
  Allah gantikan saya dengan kasih sayang ikatan ahli keluarga yang saya dapat rasakan semakin hari semakin rapat dan semakin utuh..
  Semua sokongan ,teguran dan nasihat saya dapat.. dari semua pihak..keluarga ,kawan-kawan dan masyarakat sekeliling..
   Perasaan sayang dan suka apabila melihat foto ini..sokongan yg diberikan anak cilik ini membuatkan saya rasa diri saya memang tidak berseorangan..perancangan Allah dan percaturanNya memang terbaik.Semoga Allah melindungi semua orang2 disekeliling saya,terutama orang yang saya sayang...Amieenn

Isnin, 7 Oktober 2013

kawan arwah emak

Seperti saya nyatakan ..Rajaah atau mesra dengan panggilan bonda telah pergi menghadap Ilahi pada pukul 2.30 tengahri tadi..
  semalam baru kami bersua muka n makan dan bercakap bersama..ayat yang masih saya ingat ..makcik rajaah cakap..emak dah tak ada ..kite pulak tak tau bila Allah nak jemput..itu yang paling saya ingt semalam..
  Semoga Allah merahmati rohnya dan dtemptkan dikalangan orang yang beriman

Ahad, 29 September 2013

hilangkan kerinduan

setelah pemergian arwah emak, saya hanya mampu berdoa supaya Allah mengampunkn segala dosanya dan tempatkan emak dikalangan orang yang beriman..
  Saya juga berdoa supaya ditabahkan hati dan tidak meratapi pemergiannya..Allah makbulkan doa saya..Die berikan saya rezeki  dari sumber yang tak dsangka,die berikan saya kesibukan kearah kebaikan supaya saya tidak terlalu memikirkan tentabg arwah emak..
  Tapi dalam hati kecil saya memang tak boleh menipu..setiap kali apabila melihat kawan yang mengenali arwah,hati ini mula rindu terhadapnya..biasanya arwah akan selalu bertanya tentang kawan-kawan saya...Hanya masa,kaedaan dan persekitaran sahaja boleh mengubati rindu saya dengan izin-Nya..insyallahh

Jumaat, 13 September 2013

allah sayangkan emak

pada pukul 11 pagi..doktor menyatakan bahawa degupan janting emak telah berhenti..tetapi dengan ikhtiar doktor Alhamdulillah selepas ditekan hampir 20minit ..degupan jantung kembali ada..
Hati mana tak runtun..jiwa mana tak sedih bila doktor menyatakan bahawa emak tidak lagi mempunyai harapan..dengan lima jenis ubat yang di masukkan ..dengan 4 jenis mesin..ya allahh jika engkau ingin mengambil nyawa emak..maka permudahkanlah dan jika engkau ingin sembuhkan maka rawatilah dengan kuasamu ya allahh..kami hanya mampu berdoa dan berikhtiar..dengan hanya melihat paparan skrin degupan jantung yang semakin menurun..
tepat jam 7.27malam Allah telah mengambil orang yang paling saya sayang.Tiada lagi tempat mengadu,tempat berkongsi cerita suka duka,tiada tempat melawak jenaka..Hanya adik beradik,saudara mara, kawan peneman duka..Allah tempat saya bakal mengaduu..
Ya Allah kuatkanlah aku untuk harungi semua ini..

Rabu, 4 September 2013

pavlova akan berada di mydin mall kubang kerian

  Alhamdulillahh Allah uji saya sekali lagi,dengan kemasukkan mak saya ke wad kota bharu sekali lagi pada hari isnin.Tapi bagi saya ini ujian kecil Allah bagi untuk hambanye yg tersayang.Tapi Allah bagi kudrat untuk saya aga mak saya pada waktu malam n pada waktu pagi kerja,i love this enviroment,i love this moments and i feel like to stay like this..Rasa nak nyanyi lagi Tegar pulak--aku yg dulu bukanlah yang sekarang..
         Nih nak habaq mai,dalam sehari dua lagi mungkin n insyallah..si Pavlova Akan berada di mydin mall kubang kerian ,kota bharu kelantan..Ala dekat kiosk kek kak Ana yg famous tu la..dekat area food court mydin mall.
dengan kiwi yang ditaburimenghijau dan strawberi segar yang lip lap lip lap pasti akan memanggil selera semua yang lalu lalang area food court tu nanti..

Rabu, 28 Ogos 2013

hokkaido di mydin mall kubang kerian

  Syukur alhamdulillah..berkat sabar dan doa rakan-rakan ,saudara mara,musuh-musuh dan tak juga lupa ahli keluarga dan rahmat dari Allah saya menjadi insan yang kuat..
   Banyak yang dihadapi dengan tangisan di dalam hati.Dengan sentapan peristiwa,dengan dimainkan perasaan kekecewaan.Memang banyak yang saya lalui tahun ini .
  Tapi rahmat Allah dan rezeki memang tidak pernah putus,walaopon ada yang boikot dan burukkan nama tapi jika kita ikhlas dan benar memang rezeki takkan kemana.
  Projek terbaru sebulan akan datang,sedang berusaha untuk menjadi pembekal bahan-bahan kek untuk sekitar negeri kelantan..insyallah akan mula beroperasi pada awal bulan 10.. untuk kesenangan golongan melayu islam terutamanya..
  Untuk masa sekarang sedang berusaha mempromosikan kek hokkaido/osaka di sekitar kelantan..Pagi ni kepada yang berminat nak mencubanya boleh lah dapatkan di mydin mall ,kubang kerian kota bharu...
  Dan kepada yang berminat menjadi pengedar kek /dealer..boleh hubungi saya terus di talian
0139438823..insyallah semua panggilan akan dijawab.

Jumaat, 23 Ogos 2013

Pembedahan mata mak saya..alhamduillah berjaya

  Pembedahan dilakukan pada hari jumaat jam 1tghari..mak agak berdebar..Aku lg takut tp sedia mnerima pelbagai kemungkinan Allah..
  Tapi kehendak Allahh..semua yg dikehendaki berjalan lancar..terima kasih ya Allah..terima kasih semua manusia dan makhluk Allah yang mendoakan kesempurnaan pembedahan emak saya. Terima kasih jgk kpda professor dr shatriah, pakar mata husm kubang kerian kelantan

Sabtu, 17 Ogos 2013

Kek keju bakar

Seperti yang saya janjikan nk kongsi kek puding karamel ,tapi resipi tu belom master lagi.Jadi saya pon tukar untuk komgsi resipi kek keju bakar ni~cheese cake katakan..

-telor 3biji size a
-majerin 80gram
-Tepong gandum 80gram
-cream cheese ape ape brand pon 125gram
-gula kastor 80 gram
-susu segar 300ml

1*masukkan majerin +cream cheese+susu segar-dimasak sehingga mendidih dan larut-sejukkan sebentar.
2*asingan telor kuning dan putih,ambik telor kuning dan pukul sehingga sdkit berbuih dan satukan dengan cream cheese yang dimasak bersama dalam step 1.#ingat bahan step 1mesti disejukkan dulu.
Kemudian ayak tepong gandum kedalam adunan itu..kaup balik dan sebatikan.
3*pkul telor putih bersama gula kastor sehingga jadi meringue atau bile diterbalikkan bekas,telor tu tidak jatuh .
4*satukan bahan dari nombor 3 dengan bahan nombor 2..Masukkan bahan step 3 ke dalam bahan step 2.Kaup balik dan masukkan essen vanila.
5*masukkan adunan kedalam loyang yang disapu majerin dan ditaburkan dengan tepong..

**panaskan oven dengan api 170 atas dan bawah.guna kaedah water bath..letak dulang berisi air panas dan masukkan kedalam oven ..dan letakkan loyang dalam dulang yang berisi air panas itu dan bakar.Kebiasaannye kalau loyang bersaiz 9inci mengambil masa dalam 1jam untuk membakarnye.

##**selepas siap membakar ingat sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang..betul betul sejuk..jangan suam-suam kuku..kalau tak kek anda semua akan hancor jika diterbalikkan.
~Selamat mencoba

Selamat har raya

    Di sini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang mengenali..Kalau ada tersalah kata tersilap bicara saya yang mewakili kumpulan krew Daily tasty ebterprise,ingin memohon maaf..
  Kepada semua yang menyokong dari segi moral n fizikal kepada saya dan perniagaan juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih.Kepada yang maha Esa,juga saya panjatkan syukur alhamdulillah kerana memberi saya ujian dan memberi saya kekuatan semangat dan fizikal untuk lalui semua ujian yang tak pernah saya lalui sepanjang hidup saya untuk berdepan Aidilfitri kali ini..
  Kepada penyokong yang view blog saya juga saya ucapkan ribuan terima kasih ..dan mintak maaf sebab tak sempat nak update blog ni.Terlalu sibuk kerja dan hal yang tak disangka menimpa,dugaan Allah katakan..

Isnin, 22 Julai 2013

Kesibukan

Dalam kesibukan  nak berhari raya,masalah demi masalah timbul.Dari nak buat dialisis kat tempat swasta,sampai result darah pulak hilang..
21julai 2013.mak di masukkan semula ke hospital raja perempuan zainab dua kota bharu kelantan..Semua atas sebab kecuaian doktor dan nurse sampai result sampel darah blh hilang.
  DUduk la at hospital ni..mikir kan kek dan biskut untuk raya pn belum siap lagi..bahan pon belum beli lagi...mintaklah Allah bagi aku kesempatan dan kemudaan..amin..
   Sebelum datang hospital,sempat lagi percubaan pertama kek puding karamel..untuk hari jadi kakak saya..alhamdulillah menjadi n mabelesss habisss...insyallahh lepas keluar wad ni,resipi kek puding karamel tu nanti

Isnin, 15 Julai 2013

Mak semakin pulih

Alhamdulillah selepas melakukan pembedahan IJC atau masukkan wayar dileher untuk tujuan hemodialisis atau cuci darah.Saya tgk mak dah makin sembuh,selera makan bertambah,NADA suara pn makin kuat.
Esok pagi dah mungkin boeh balik rumah jika tiada halangan.Rasa macam raya dah dengar boleh balik rumah..I miss my pillow,my bed,my cat,my fellow friends da semua lah yg ada at rumah dan kat kampung ..
  Tapi saya akan rindukan juga memori semasa masuk wad kali ini,nostalgia terus.Dari tarikh keramat,7/7/2013 sehingga 15/7/2013 dan hari seterusnya mungkin akan saya kenang sampai mati,insyallah.
Nostalgia pasal hati,diri ini dan seseorang yang tak pernah berlaku sebelum ini ketika saya pernah berada dihospital ketika dulu.Mungkin Sempena bermula bulan Ramadhan ini memberi saya peluang untuk kenal seseorang istimewa,tak perlulah nak saya terangkan siapa dia,sebab cerita ini mungkin akan diNovelkan atau dicerpen ke majalah.
  Nostalgia dan kenangan bersama dia juga diphotokan melalui tempat yg saya agak menggamit memorri saya sendiri.
Apepon yg paling penting,ramai kawan yang saya dapat kenal,perangai dan ragam manusia.Sekali lagi,kepada pesakit buah pinggang ,jangan takut untuk buat IJC demi kesihatan anda sendiri.Dan kepada nurse-nurse,terima kasih ats layanan baik anda,hanya Allah yang akan balas jasa anda..Amieeenn........