Alhamdulillah,penutup bulan November..Dapat rezeki untuk doorgift tu memang dah biasa tapi yang candy booth ni memang first time.
Betapa berdebarnye tuhan sahaja tahu,semua kena buat depan orang masa candy booth tu.Deco kek dan cupcake, persiapan coklat fountain..huuu tapi alhamdulillah berjaya
30November tarikh majlis tapi 27 november memang dah sibuk gilerr..Tido pun tak lena fikir pasal candy booth nii..
Sisipan gambar semasa persiapan dan semasa majlis berjalan..
nufnang
Sabtu, 30 November 2013
Door gift dan candy booth
Ahad, 24 November 2013
ombre kek
Kegigihan dan usaha ..itulah yang saya selalu pegang dan buat.Selain minat / passion ,sesuatu benda tak akan menjadi seperti apa yang mereka yang lain yang telah berjaya lakukan.
Passion saya,buat benda hingga saya dan orang ramai puas hati ,terutama dalam masakan.Bukan setakat puas hati sahaja tetapi biar ia menjadi macam yang orang lain yang berjaya telah lakukan.Benda masakan ni tak boleh syok sendiri,kena open minded ,tahan kutukan,ejekan,dan sedia terima teguran tambahan lagi macam saya ni bakers lelaki pulak..
Tapi alhamdulillah ..sabar..usaha dan minat insyallah menjadi..Satu lg untuk keberkatan..,banyakkan bersedekah dan utamakan ibu..Ibu terdahulu bg anak lelaki dan bapa sekali tidak dilupakan..Insyallah rezekimu Allah bagi tidak putus-putus
Selasa, 12 November 2013
PENGEDAR CUPCAKE HOKKAIDO
Semalam lebih kurang pada pukul 7.30 pm lepas saya solat maghrib ,saya mendapat satu mesej' Salam puan ,boleh tak saya nak jadi pengedar kek puan ,dan apa syaratnye'.Yang paling lawaknye panggilan 'puan',,heheh salah saya jugak sebab di profile blog memang tak perasan jantina tu female ghupenye..hheeheh..
Dulu memang saya sekadar sahaja isi masa lapang ,dan dikira suka-suka sahaja dengan buat blog ini.Macam isi masa lapang katakan .Lagipon,nak macam orang lain.Orang ade blog ,saya pon nak ade blog.Tapi memang tak disangka,Rupenye dalam Blog pon boleh cari rezeki dan sememangnye ade yang baca.memang tak terfikir pon akan ade orang yang tengok blog saya ni.
Ok,berbalik pada cerita asal,,seorang hamba Allah ni nak jadi pengedar untuk kawasan Kota Bharu.Pengedar agen atau ape-ape nama seumpama dengannya sangatlah dialu-alukan bagi pihak saya.Mungkin di kawasan Kota Bharu saya memerlukan lebih dari tiga pengedar.Dan memang masih ramai lagi yang mungkin saya perlukan,banyak lagi jajahan yang perlu dijajah.Tanah merah,Gua musang,Kula krai,Bachok ,Rantau panjang dan banyak lagi tempat yang belum saya punyai pengedar.
Awal bulan depan insyallah akan dilancarkan dua produk baru,,insyallah dan mudahan semua kana berjalan lancar,aminn.
Insyallah,,kalau kena dengan tepat dan waktu,saya akan hantar barang itu sendiri kepada agen saya.Dan insyallah boleh buat duit sekali kalau rezeki Allah menyebelahi anda untuk menjadi Agen saya.
Jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah terus hubungi saya di talian ; 0139438823.
Boleh call/sms/whatassp/weechat=semua nombor yang sama.
Kepada yang nak add facebook boleh add (Matleay) atau kalau tak jumpe boleh la masukkan email ; leaviathan55@gmail.com.
Jangan lupa lawati juga page saya www.facebook.com/dailytasty.
Ok setakat ini buat masa ni,saya nak drift kereta pulak ni,nak hantar hokkaido untuk pengedar area Wakaf che yeh..
Salam sayang dari saya,
(Lan)
Sabtu, 2 November 2013
roti burger,loaf dan benggali
suka yang amat sangat..syukur ke hadrat ilahi beri saya rezeki untuk masuk kelas di jalan padang enggang..di tempat kak emillia..
Best sangat..semua sifu dan otai kek dan roti tidak sombong ..Begitu juga dengan tenaga pengajar puan Nor jannah..Sangatlah mesra..dah macam family pulak..
Dan yang paling penting ..Insyallah awal bulan 12 akan keluarkan produk roti jenama DAILY TASTY..insyallah..aminn