sempena majlis tahlil untuk ke 40 hari arwah emak saya..saya dan keluarga membuat majlis makan gulai daging,gulai kambing,ikan kering goreng,ayam goreng dan sambal belacan..
Yang paling penting semua masak sendiri..Asah bakat la katakan untuk mempraktikkan ilmu masakan ..insyallah untuk buka katering sendiri nanti..
Dari pagi sibuk sampai malam..Alhamdulillah semua berjalan lancar...walaupn ade serba sedikit kekurangan..Malam tadi lepas isyak,alhamdullillah kemuncak majlis..memang ramai sangat yang datang..majlis memang paling meriah..terima kasih yaAllah berikan ku kekuatan untuk lalui semua ini..Terima kasih juga untuk masyarakat setempat kerana sudi hadir..
nufnang
Sabtu, 26 Oktober 2013
majlis tahlil dan kesyukuran
Khamis, 24 Oktober 2013
kepada yang ingin berjaya~usahalahh
kepada sesiapa yg ada rasa dengki / iri hati secara positif dengan kejayaan seseorang, maka berusahalh untuk jadi seperti mereka-meraka yang telah sedia ada berjaya
Kepada yg iri hati secara negatif sampai guna bomoh2, saya doakan kalian cepat berubah, dan Allah lindungi saya serta dimurahkan lagi rezeki sebab di ainaya orang-orang tak bertanggung jawab..
kami sebagai pengusaha hidup bukan senang,sebab kami bukan orang kaya.jadual bersama keluarga tidak menentu,rehat,cuti semua kami korbankan.Sampai orang semua tengah tidur lena di tengah malam tp kami usahawan lg gigih bekerjo..
~ape salah kami?,kami kerja tidur lwt pn xde ganggu hidup kalian,harap kalian cepat berubah..aminnn
Isnin, 14 Oktober 2013
oreo cheese cake
Ni nak habaq mai..smlm cheq try kek kejo oreo yg chilled tu..mmg ya allah tangkap leleh laa..sedap giler!!so sempena hari raya aidiladha cheq nk kongsi resipi ni
untuk base/ tapak kek
*200gram biskut oreo dihancurkan dab dibuang krimmnye
mentega cair 70 gram..
-gaul sekali tekankan ditapak loyang loose tin size 7 inci
.simpan dalam peti beku selama 30 minit
untuk filling pula
*250 gram whipping cream diputar sehingga kembang dan pekat.simpan dlm peti sejuk sekejap
*250gram creamcheese mana mana brand dipitar hingga kembang bersama gula castor 80 gram dan cream drpda biskut oreo yang dibuang tadi.
*pada masa yang sama sediakan 60gram air dan 15gram serbuk gelatin dan panaskan.Masak sehingga cair dan sejukkan.
.
*akhir sekali campurkan whipping cream yang telah diputar tadi bersama cream cheese yang telah dipukul kembang tadi.pukul sehingga sebati
*kemudian campurkan gelatin yg dimasak dan disejukkan kedalam adunan creamcheese dan whipping cream tadi dan pukul sebentar sahaja..
#masukkan adunan yang telah siap kedalam loyang dan bekukan semalaman atau 5 jam..
Jumaat, 11 Oktober 2013
persiapan raya
Alhamdulillah allah beri kesihatan lagi kepada saya meneruskan perjuangan sisa hidup yang allah berikan.Raya tanpa emak masih lagi saya terasa..tetapi Allah gantikan dengan orang yang lain yang mungkin dihantar untuk jadi pengubat rindu..
Allah telah mengambil beberapa orang yang paling dekat dengan saya...yang paling saya saya dalam waktu terdekat ini..ini ujian Allah ..mungkin memberi saya lebih pengalaman..memberi saya pengajaran supaya menjadi lebih kuat dan bersemangat..
Allah gantikan saya dengan kasih sayang ikatan ahli keluarga yang saya dapat rasakan semakin hari semakin rapat dan semakin utuh..
Semua sokongan ,teguran dan nasihat saya dapat.. dari semua pihak..keluarga ,kawan-kawan dan masyarakat sekeliling..
Perasaan sayang dan suka apabila melihat foto ini..sokongan yg diberikan anak cilik ini membuatkan saya rasa diri saya memang tidak berseorangan..perancangan Allah dan percaturanNya memang terbaik.Semoga Allah melindungi semua orang2 disekeliling saya,terutama orang yang saya sayang...Amieenn
Isnin, 7 Oktober 2013
kawan arwah emak
Seperti saya nyatakan ..Rajaah atau mesra dengan panggilan bonda telah pergi menghadap Ilahi pada pukul 2.30 tengahri tadi..
semalam baru kami bersua muka n makan dan bercakap bersama..ayat yang masih saya ingat ..makcik rajaah cakap..emak dah tak ada ..kite pulak tak tau bila Allah nak jemput..itu yang paling saya ingt semalam..
Semoga Allah merahmati rohnya dan dtemptkan dikalangan orang yang beriman