nufnang

Rabu, 13 Februari 2013

13 februari 2013

 Mak dah boleh keluar...yang paling sedih,,boring dan bosan atau apepon nama yang seangkatan dengannya ialah malam semalam..Nasib baik ade kawan buat teman untuk borak dari pukul 9 lebih sampai pukul 12.00 tengah malam..terima kasih -Hafizii..Sanggup datang dari jauh dengan motor ,walaupon kaedaan agak nampak hendak hujan,dengan alicafe dan keropok yang dia bawakan bagi membekal malam aku untuk baca buku.
  Biasalah dekat wad biasanye ade 11 orang ,tiba-tiba yang tinggal hanya 2 orang,,memang tak boleh tidoo..Rindukan 'mek',rindukan 'mok',,rindukan rumah dan sebagainyalah telah timbul..Tapi alhamdulillah petang tadi dah boleh keluar wad.

Masa nak keluar petang tadi,ade adik perempuan masuk wad puteri,,,umur dalam 10 tahun,disahkan penyakit TB..Memang sedih aku tengok air mukanya yang penat,dengan dugaan yang dihadapinya,belum sempat merasai nikmat dunia dia telah Diuji Allah dengan penyakit di awal usia.Aku terpanggil untuk menemuramah dan untuk menjadikan kisah pesakit-pesakit kat hospital ini dengan luahan di dalam blog.Biarlah orang nak anggap ini omong kosong,tapi aku harap sedikit sebanyak prkongsian masalah pesakit dapat meringankan beban mereka.Aku jadi semakin suka mendengar cerita,berkongsi kisah suka duka pesakit di dalam wad.Harap usaha ini akan mendapat keberkatan~aminn

Isnin, 11 Februari 2013

kehidupan di hospital start 7/2/2013

 Memang sesuatu yang telah dijangkakan,,seperti biasa mak aku makin letih n penat aku tengok,,kesihatan tak menentu,,makan jer asyik muntah-muntah jer..Petang khamis aku pon bersiap untuk bawakan mak aku ke hospital.
  Lebih kurang jam 6.30 petang aku dan abang aku telah berada di kawasan kecemasan hospital raja perempuan zainab2 kota bharu kelantan,,Memang hari ini (7/2) semua staff sibuk dengan kes kecemasan .Ada yang kemalangan ,ada yang jatuh pokok dan ada yang sakit tua.Mak di tempatkan di wad sementara/kecemasan untuk pemantauan,,lebih kurang pukul 12.00 tgh mlm mak dipindahkan ke 'rumah lamanya,,WAD puteri..
    Pesakit memang ramai sangat,,sampai mak terpaksa duduk kat lorong macam warga Afganistan, dengan katil tamabahan ,dengan tiada kipas denagan nyamuknye,,memang malam yang agak memenatkan .Bukan prejudis terhadap hospital,tapi bangga dengan hospital kota bharu,,walaupon hospital kecil,tidak cukup tempat,,tapi sebab layanan dan kepakaran semua staff yang ada kat situ membuatkan hospital ini menjadi pilihan.

8/2

 Mak dah dapat duduk kat katil biasa,yang ade kipas.ruang untuk penunggu tidur pon selesa jugaklah.Macam biasalah,,aku yang ringan mulut dan untuk hilangkan boring mulalh berkenalan dan berbual dengan pesakit-pesakit yang ade sekeliling mak aku tu,,Pesakit kat sebelah,,mak pah,,sangat mesra dan ramah tapi pada 9/2,mak pah menghembuskan nafas terakhirnya diwad puteri itu..al-fatihah di sedekahkan kepada mak pah,,Aku yang baru mula mesra ni ,terasa jugalah kehilangannye.

9/2
  Kematian,ajal dan maut memang ditangan Allah s.w.t.Tapi dalam pemerhatian aku,,kebanyakan yang tenat kat wad Puteri kota bharu kelantan ni,,memang setiap hari akan adalah kes kematian..Memag tiap-tiap hari boleh tengok jenazah,,sedar jugak tahap iman setebal mana,,bekalan untuk hari esok cukup ke aku ni??

10/2
 Tapi yang best dengan makcik-makcik/akak-akak yang peramah semua ni,,diorang suka berborak dan cerita pasal kehidupan dan suka duka mereka yang menjalani kehidupan sebagai pesakit,sedikit sebanyak banyak mendorong aku untuk motivasi diri dan menjadi lebih kuat lagi.Kebanyakan penghuni wad ini tergolong dalam golongan berada,bayangkanlah,,setiap minggu pergi buat dialisis tempat swasta,,tiap kali rawatan RM280,,tiga kali seminggu,,12 kali sebualn,,darab sendiri lah berapa angka untuk kos perubatan..tu kos rawatan aunty yang berasal dari Sarawak yang menetap kat kelantan ni,,dia dimasukkan ke wad ni sebab ada jangkitan kuman,,hospital swasta kurang kepakaran,,jadi terpaksa datang hospital kota bharu jugaklah..