nufnang

Isnin, 29 Disember 2014

Derma,,sumbangan,bantuan untuk banjir kelantan

Assalamualaikum,,
saya dengan rendah diri ,ingin menjemput anda semua,untuk menderma dari segi kewangan,makanan or pakaian ,tak kira anda dari mana,berapa banyak jumlahnye

Saya dengar di Manik urai ,ade yang sampai telanjang sebab tiada pakaian,,semoga jasa semua
,hanya Tuhan je yang dapat balas,,

  Bahagian tenaga kerja dan minyak dan pengangkutan 4x4 saya boleh sediakan ,tapi memandangkan sekarang modal sudah sedikit berkurangan,mohon ade sesiapa nak sponsor makanan or ape ape untuk kelantan,, boleh hubungi saya .

HELP US MALAYSIAN,,
KELATEKU DILANDA BANJIR

CALL,WSAAP,WECHAT,SMS

0139438823

Khamis, 13 November 2014

trip to hatyai

Alhamdulillah boleh tengok jugak bandar hatyai,,
Paling yang best ke best,, orangnye,pemandunye sopan,walopon lorry,tak same dengan yang lori kat malaysia reti nak himpit orang jer..

Ni halnye bawak duit dalam 500 ringgit malaysia,lepastu pergi la dari sungai golok ke hatyai sampai dalam pukul 2 tengahari yang bertolak pukul 11 pagi
   Sampai kat hatyai ,nak isi minyak lupe lak nak tukar duit,,memasing dah mula cuak dah,,aku memang nak nangis,perot lapar,nak sewa hotel lg cmne,,nak isi minyak lagi..
  Dah tukar tu yang rm300 rupenye dapat 27++ bath je,, kite orang buh minyak 600 bath,minum 300 bath , makan 400 bath, gi massage 300 bath - massage kaki ok,jangan nak pandang serong..
Yang tiggal hanya seribu lebih bath,jadi nak bermalam kat hatyai tak lepas la,, hotel dalam 900 bath tapi deposit sume boleh cecah 1500 bath.Memang tak la,,esok pagi nak makan ape brekfes,lagi nak isi minyak..

  Yang paling tak best try cucuk duit kat BANGKOK BANK,sebab katenye ade MEPS, nak kuarkan rm200 myr atau 2000 bath,dah siap tekan pe sume n die tulis charge rm180 bath untuk tranßfer dari akaun malaysia,tapi bile sudah kad je keluar..Duit takde pon. waa cuak dah kot duit habis,,nanti balik malaysia kena check balik akaun aku nanti..

tu alkisahnye balik ke sungai golok balik sebab nak pergi rantau panjang nk cucuk duit la,,nk makan lagi,shopping pon belum lg..

  Aniway Marina hotel not bad,rm 80 ade dua katil,luas,selesa,cume sejadah je takde..Makanan area ni pon senang nak dapat yang islam punye..Rm14 je nasi goreng cina dua pinggan n air milo o ais dua jgk..murah sgt kan.. Tapi duit memang banyak bazir sebab g hatyai tu la,,minyak kat Thailand ni mahal,.

kalau nak datang gi hatyai pastikan bawak tong,askar banyak kat sini ,hampir 20 tempat check tp tak tahan pon..polis je menggong sikit,lalu kot kanan xboleh katenye sebab untuk kecemasan padahal memang nak duit sebab tengok kereta malaysia..

Aku teros balik sungai golok,trip dalam tiga jam or dua jam lebih je..sampai,makan n teros tido

Jumaat, 17 Oktober 2014

Alhamdulillah

Hanya listkan design anda yang vouge dan insyallah saya akan tunaikan...

wssap/sms 0139438823
facebook , mohd azlan mohd noor

Khamis, 18 September 2014

Doh roti frozen

   Biase kebanyakkan pelanggan mesti nak makan roti yang panas,sebab lembut dan sedap di makan panas..
  Tapi bila kite beli kat kedai runcit ,roti yang dibungkus sememangnye dah 100% sejuk..
  Jadi dengan itu,saya menjual dan mengeluarkan produk Doh roti yang frozen/ sejuk beku..
  Balik dari kerja..anda hanya perlu keluarkan dari peti ais,biarkan ianya cair dan hanya perlu tunggu naik sahaja

..Dalam satu jam 45 minit,dan bakar..Maka bolehlah anda menikmati roti Daily tasty yang lemak dan sedap lagi panas dirumah anda..

sebarang pertanyaan sila call/ sms / wassap 0139438823

  

Khamis, 11 September 2014

Roti

  Assalamualaikum,,haa sekarang bukak je facebook tengok area kota bharu kelantan,semua fenomena Beehive bread,atau roti sarang lebah dengan kuah butterscoth..
  Jadi saya jngin menawarkan disini,kepada usahawan atau bakers yang mempunyai masalah untuk membuat roti,bolehlah hubungi saya..
  Untuk makluman  anda semua,saya membuat roti bun manis,jadi untuk kemudahan.Beli sahaja roti dan letak sos butterscoth ,dan siap untuk dijual..
  Margin keuntungan masih boleh diperolehi sekitar rm 0.50-1.50.. Jadi yang nak kerja senang,beli roti then letak sos anda sendiri dan jual..
  Untuk memborong / sampel roti boleh call/ sms/ wassap 0139438823

Khamis, 4 September 2014

kek tiga tingkat british style

Alhamdulillah..rezeki raya ketiga ..Orang sibuk beraya,kite kerja..Lepas raya barulah blh cuti..
   Tempahan ini dibuat oleh seorang medic offshore..tuannye pon hensemm..belum kahwin lagi..haa hanif,jangan marah naa..
  Ni kek die yang tempah untuk wedding adik die..Choclate cake deco with creamcheese..
Ala-ala british style wedding die,kena ikut tema lah gamaknye..
any inquiries blh sms/call/wassap 0139438823

Rabu, 9 Julai 2014

maruku terlajak rangup

    Alhamdulillah,penangan maruku..
anda dah boleh dapatkan dimydin mall kubang kerian,pantai timur taman bendahara pengkalan chepa,kedai bahulu maria di hadapan balai polis bandar tanah merah..

   Bagi yang berminat untuk menjadi agen,masih lagi dibuka sehingga 19 julai sahaja..
BOLEH CALL/SMS/WASSAPP
0139438823
  

Selasa, 20 Mei 2014

siap sedia untuk ramadhan

Alhamdulillah..gadget/equipment untuk menghadapi order musim raya puasa ni semua dah sedia..cuma mental n fizikal je lagi dah sedia ke belum..
  Terima kasih Jabatan pertanian kota bharu ,memberi saya kepercayaan yang tinggi terhadap saya ..Insyallah dengan kemudahan bantuan peralatan yang telah disumbangkan,akan saya gunakan sebaiknya.

Khamis, 13 Mac 2014

Rezeki Allah

Ya allah ..dah lame tak buka blog nu..Masyallah usahawan katekan ..amatlah busy..kek lagi tambah roti lagii
  Saya nak kongsi cerita roti yang saya buat..Dulu hanya sekilo dan alhamdulillah sekarang dah up jadi 10kg sehari..Alhamdulillah rezeki Allah..
Sekarang  dah ade supply ke dua biji kedai dan market lagi kepada tiga orang penjaja yang jualannye dan marketingnye Masyallah..SUPERB!..
Jadi kepada sesiapa yang nak jadi pengedar roti lagi di kelantan ini boleh hubungi saya di nombor  0139438823.. Untuk yang nak free sampel pon boleh call jugak..
~Pssstt  ..~Hari ni ramai yg call sebab saya cuti roti hari ni..staff ramai yg offday

Jumaat, 7 Februari 2014

jangan cemarkan imej islam

Maka tersebutlah al kisah..Saya berurusan dengan seorang yang cukup waraq pemakaiannye..Sejuk hati melihat..
  Selang beberapa minggu ,mulalah kelihatan belang perangainye.Yang di order 400 box hokkaido,tapi bila siap di cancel nak 300.Tapi yang dibawa ke kuala lumpur untuk jualan kiosk hanya 250..Lagilah makin nampak belang sebalik niqabnye.
  Takdir Allah ,semua barang yang diorder tidak laku..tuan empunya order mcm tidak mahu bertanggung jawab..Produk hokkaido saya mahu dilelong atau dipulangkan..Aiyyo..sepatutnye jangan order banyak jika tidak tahu pasal pasaran di kuala lumpur macam mana..
  Selepas itu mulalah si niqab ini mengeluarkan cerita produk saya tiada kualiti..Jadi jika tiada kualiti kenapa masa dihantar tester,kamu juga yang ambil?
  Aduhai manusia,kalau tak pandai menari jangan salahkan lantai yang jongkang jongket..Jangan cemarkan imej niqab or serban n jubah terhadap muslimin dan muslimat lain hanya kerana mulut dan akhlak kamu..Jadi nila setitik ,rosak susu sebelanga.
-dan juga diharap jangan jadi seperti Anjing menyalak bukit dengan merendahkan produk orang lain..Allah itu hanya satu

Jumaat, 17 Januari 2014

hokkaido oh hokkaido

Alhamdulillah ,tak sempat nak update blog..terlalu sibuk..Dengan 9/1 terpaksa siapkan order sunaiyyah amin..sampai 400 bekas hokkaido.Alhamdulillah ,ade team dan kerja keras tu kami siap jgk walaupon date libe yg dibagi hnaya dalam tempoh sehari..
  Dan dalam minggu itu juga nak kena siapkan order untuk hospital kota bharu dan pasir mas ,untuk membekalkan kek di setiap kedai 24 jam di hospital itu..
  Lagi la hidup saya haru-biru,huru-hara..nak nangis tak cukup rehat dan tido..Sekarang tengah ade seminar dengan puan Aishah reymond dan tuan haji basit.Insyallah balik ni,saya akan Boomkan lagi pasaran saya dan guba kaedah SOP untuk menyenangkan lagi kerja.Insyallah..Aminn

Isnin, 6 Januari 2014

rezeki hospital kota bharu

Alhamdulillah syukur,hari ni jumpa org yg hebat2 n positif je.
~Alhamdulillah juga dapat surat pelantikan pembekal kek dihospital kota bharu
~ya Allah jgnlah jadikan aku seseorang yg lupa pada nikmat rezeki kurniaanMu....
~bakal mnemui pelanggan dengan kek butter,kek marble,kek pisang,muffin ,muffin coklat

Khamis, 2 Januari 2014

Tahun baru 2014

Alhamdulillah setelah merehatlan otak selama dua tiga hari di kuala lumpur..balik kereta penuh dengan barang kek..
  Sambutan tahun baru di jalan bulit bintang pon memang meriah..habis basah baju disembur cecair buih..Tapi orang malaysia memang sangat sporting..
  2/1 terus pulun kerja sampai magrib dari pagi non stop.Gadget baru lg masa banyak kerja la die nak sampai..Mood meroti la katakan..
  insyallah produk roti akan ade di sekolah menengah kebangsaan TERATAK PULAI ,kota bharu ,kelantan...Harap dengan bacaan bismillah roti akan naik mcm cantik n comel je..
Apepon latang gambar dulu ye