nufnang

Rabu, 5 Jun 2019

selamat hari raya

selamat hari raya
maaf zahir dan batin dari baba dan family😘

insyallah raya keempat kedai buka jam 12 tengahari -8 malam

kek kahwin MAHAL RM150

assalamualaikum

di threads ni saya nak tanya pendapat dan if boleh korang cuba komen harga untuk sebiji kek sempena hari bahagia anda

kalau kek macam ni harga RM150/100 Sanggup ke anda bayar?

untuk buat sebiji sahaja kek ,mungkin harga telur ,tepung,gula,dan butter itu tidaklah mahal sangat untuk sebiji cake saiz 7/8 inci 

tapi teknik adunan,kemahiran,masa ,elektrik dan kos overhead yg digunakan jika dilaksanakan sendiri anda akan tahu hasilnye nanti

bagi sekuntum bunga ros pula ,masa untuk siapkan sekuntum mungkin 5-10 minit jika guna resipi buttercream yang biasa

jika guna yang high level punya cream,realistik ,masa,ketekunan dan seni ..berupayakah anda untuk menyatakan harga sebiji cake RM150 INI MAHAL?

CER CUBA TRY,ADUN CAKE,LEPA OR coating cake sendiri then deco .aku rase mase 3 jam tu comfirm duk dengan benda ni je 😄

tak cuba tak tahu,jangan asyik kondem nak rega murah je oii


Ahad, 26 Mei 2019

petua rawat bayi penyakit kuning

  Alhamdulillah syukur Allah bagi ujian bagi aku ,diberi amanah seorang cahaya mata.Dia berikan sedikit je ujian , penyakit kuning

Sepanjang last week ,tiap hari jugak la ke klinik kesihatan untuk check tahap kuning die.

 First day ke klinik kesihatan ,bacaan tu agak ok ,tapi esoknya doktor suh mai lagi .Takut makin naik


ni hari first

Macam jangkaan doktor ,hari kedua dia makin naik.Aku dah mula cuak weh, huhuu takut pulak,mulalah call akak aku kat kL.Tanya ubat apa nak bagi
ni result lepas hari kedua

Petua dia
>susu gunakan jenama karihome(pastikan untuk baby baru lahir ok)
>anggur hitam seedless
>madu 

and please pastikan baby menyusu satu jam sekali.Sebab kuning ni akan keluar melalui najis.

jap eh aku up gambar
ni susu karihome ,blh thn la 62++

ni madu kelulut yg aku bg

ni anggur hitam tanpa biji

Alhamdulillah dekat seminggu my Arwa dah pulih 
ni bacaan thp kuning die ,tak pulih sepenuhnya .Tapi downtrend and doktor pon cakap ok dah takpayah dtg lg



Khamis, 23 Mei 2019

alhamdulillah lahir orang baru

Alhamdulillah tanggal 11 mei 2019
dalam bulan ramadhan penuh keberkatan.Allah bagi rezeki yang tak terhingga ,anak perempuan saya dilahirkan pada jam 2.55pagi

Alhamdulillah tiada apa- apa kimplikasi yang berlaku.Menemani isteri saat bersalin dalam labour room tu detik yang sangat berharga.

Para bapa,kalau isterinak bersalin ,sila teman.You will feel the new experience.Aku siap nak muntah bagai weh

Berat 2.55kg,warded jam 8 pagi ,jam 12 tengahari dah boleh discharge


Insyallah next week nak gi pejabat pendaftaran dah nak letak nama Arwa dah cukup ,just Arwa.Malas pening nama panjang ,nanti kat sekolah orang akan panggil nama singkatan jugak

sekali lagi,,syukur alhamdulillah,segala puji bagi tuhan yg selamatkan semua perjalanan aku sebagai insan yang lemah ni🤲🏼

Isnin, 29 Disember 2014

Derma,,sumbangan,bantuan untuk banjir kelantan

Assalamualaikum,,
saya dengan rendah diri ,ingin menjemput anda semua,untuk menderma dari segi kewangan,makanan or pakaian ,tak kira anda dari mana,berapa banyak jumlahnye

Saya dengar di Manik urai ,ade yang sampai telanjang sebab tiada pakaian,,semoga jasa semua
,hanya Tuhan je yang dapat balas,,

  Bahagian tenaga kerja dan minyak dan pengangkutan 4x4 saya boleh sediakan ,tapi memandangkan sekarang modal sudah sedikit berkurangan,mohon ade sesiapa nak sponsor makanan or ape ape untuk kelantan,, boleh hubungi saya .

HELP US MALAYSIAN,,
KELATEKU DILANDA BANJIR

CALL,WSAAP,WECHAT,SMS

0139438823

Khamis, 13 November 2014

trip to hatyai

Alhamdulillah boleh tengok jugak bandar hatyai,,
Paling yang best ke best,, orangnye,pemandunye sopan,walopon lorry,tak same dengan yang lori kat malaysia reti nak himpit orang jer..

Ni halnye bawak duit dalam 500 ringgit malaysia,lepastu pergi la dari sungai golok ke hatyai sampai dalam pukul 2 tengahari yang bertolak pukul 11 pagi
   Sampai kat hatyai ,nak isi minyak lupe lak nak tukar duit,,memasing dah mula cuak dah,,aku memang nak nangis,perot lapar,nak sewa hotel lg cmne,,nak isi minyak lagi..
  Dah tukar tu yang rm300 rupenye dapat 27++ bath je,, kite orang buh minyak 600 bath,minum 300 bath , makan 400 bath, gi massage 300 bath - massage kaki ok,jangan nak pandang serong..
Yang tiggal hanya seribu lebih bath,jadi nak bermalam kat hatyai tak lepas la,, hotel dalam 900 bath tapi deposit sume boleh cecah 1500 bath.Memang tak la,,esok pagi nak makan ape brekfes,lagi nak isi minyak..

  Yang paling tak best try cucuk duit kat BANGKOK BANK,sebab katenye ade MEPS, nak kuarkan rm200 myr atau 2000 bath,dah siap tekan pe sume n die tulis charge rm180 bath untuk tranßfer dari akaun malaysia,tapi bile sudah kad je keluar..Duit takde pon. waa cuak dah kot duit habis,,nanti balik malaysia kena check balik akaun aku nanti..

tu alkisahnye balik ke sungai golok balik sebab nak pergi rantau panjang nk cucuk duit la,,nk makan lagi,shopping pon belum lg..

  Aniway Marina hotel not bad,rm 80 ade dua katil,luas,selesa,cume sejadah je takde..Makanan area ni pon senang nak dapat yang islam punye..Rm14 je nasi goreng cina dua pinggan n air milo o ais dua jgk..murah sgt kan.. Tapi duit memang banyak bazir sebab g hatyai tu la,,minyak kat Thailand ni mahal,.

kalau nak datang gi hatyai pastikan bawak tong,askar banyak kat sini ,hampir 20 tempat check tp tak tahan pon..polis je menggong sikit,lalu kot kanan xboleh katenye sebab untuk kecemasan padahal memang nak duit sebab tengok kereta malaysia..

Aku teros balik sungai golok,trip dalam tiga jam or dua jam lebih je..sampai,makan n teros tido

Jumaat, 17 Oktober 2014

Alhamdulillah

Hanya listkan design anda yang vouge dan insyallah saya akan tunaikan...

wssap/sms 0139438823
facebook , mohd azlan mohd noor