nufnang

Sabtu, 29 Jun 2013

Perjuanganku belum selesai

Alhmdulillahhh..sesudah 2 hari segala proses memberi ilmu kepada pserta di mini rtc Gual Ipoh,tanah merah Kota Bharu,kelantan..kepenatan,kelelahan,ketidak cukup rehat semua saya qada hari ni.
Memang sangat-sangat berpuas hati dengan sambutan dari semua aspek.Pelajar,guru,tempat,layanan,peserta dan semualah.Boleh kenal tempat,orang,budaya memang satu hobi bagi saya.
Mengajar bukan sahaja untuk mencari rezeki tapi untuk mendapat keredhaan Allah juga,ilmu yang disebarkan untuk manfaat orang ramai akan diberi ganjaran jika kita ikhlas.
Bagi saya menuntut ilmu emang luas dan tak akan selesai selagi hayat dikandung badan.Saya sendiri belum cukup ilmu dari segi ilmu fardhu ain mahupn fardhu kifayah,tetapi insyallahh akan saya usahakan untuk belajar.
Ilmu ini saya redhakan dan terima kasih kepada seua yang menjayakan program d Rtc gual ipoh..Semoga dengan sedikit ilmu yang saya beri dapat membantu semua peserta pada masa hadapan, insyallahh...

Jumaat, 28 Jun 2013

Kelas kek di rtc

Alhamdullilaahh,syukur ke hadrat ilahi.Kelas pertama kali yang saya kendalikan yang mempunyai peserta melebihi 5 org berjalan dengan jayanya.
  Pepagi lagi dah semangat sampai kt RTC gual ipoh.Dengan Dua biji oven kecik n mixer kecik semua resipi ari ni berjalan denga jaayanya walaupun ada sedikit kelewatan drpd pihak rtc.
  Resipi hari ni, termasuklah kel pisang,kek butter,muffin,dan kek hokkaido.kek hokkaido je tak sempat ambil gambr tadi..
  Semua peserta beri sokongan dan kerjasama yang amat tinggi termasuk pegawai2 mini rtc.Semua memberi tumpuan dan tidak kekok,membuatkan macam tak puas sepetang bersama...
  Semoga hari esok untuk kelas kek sponge and basic decoration tu akan berjalan lebih lancar..amiiiinnnnn..

Khamis, 27 Jun 2013

Hokkaido cupcake

Assalamualaikum ..hari ini stok yang agak banyak saya letak dimydin mall kubamg kerian kota bharu kelantan.
  Ape yang specialnye,hari ni inti ada yang disediakan ialah strawberry dan lastad.memang meletop la.
Kalau senang nak cari lokasi.Masuk ke mydin foodcourt dan tgk foodcourt yang jual kek dan desert..kat situ la nak cari hokkaido cupcek..jgn lupa dapatkan yer..

Selasa, 25 Jun 2013

Dah pulang ke rumah

Sperti mana yang saya janjikan.Untuk diri sendiri,masyarakat dan agama.hehe,poyo pulak terasa .Tapi realitinye niat mlm hemdak beraksi selaama seminggu berturut-turut.
  Gym pasir tumbuh  kota bharu tempat sasaran jika tiada teman..sesiapa yang nmpak sila tegurla kadang-kadang saya ada penyakit mudah lupakan orang.heehe

Isnin, 24 Jun 2013

Boleh keluar wad

Alhamdulillahh mak dah boleh keluar hari ni.Harap mak akan sihat sampai hari hemodialisis dia..
Saya pulak dengan plan nk trunkan berat badan dalam masa seminggu..
Minggu ni insyallah akan ke gym atau joging setiap maalam..Hari rabu nak siapkan stok kek hokkaido untuk dihantar ke mydin mall kubang kerian..
  Hari khamis pulak.Akan saya call cik suzi dari Rtc kg nelayan baru untuk pengesahan menjadi mentor untuk pelajar baru di rtc itu nanti...Harap semua berjalan lancar.

Ahad, 23 Jun 2013

Kita merancang,Allah tentukan

  22jun 2013.malam tu saya mula dengan tempahan kek perkahwinan yang ditempah oleh pelangga dari pasir puteh.Pelanggan pertama dari pasir puteh ini ditemukan dengan pembelian kek hokkaido.
  Sekarang ,dia menjadi repeated buyer untuk hokkaido dan ingin pula menempah kek perkahwinan.
   Walaupon dia membuat emergency order tapi saya tetap terima kerana memikirkan kondisi dia yang kesuntukan masa
  Agak penat dan bersengkang mata sebab petang tu dah pulun hokkaido
Tapi saya cuba usaahakan,setelah hampir dua jam kek itu siap dan didekorasikan sekali..
  Kita merancang tapi Allah tentukan,pada 23jun .Mak mula muntah dan sesak nafas.Pada lebih kurang jam 1,30 tengahari saya dan kakak tiba diwad kecemasan hospital raja perempuan zainab dua.
  Lebih kurang pukul 4.30 petang,mak dipindahkan ke wad puteri..perkara biasa mempunyai rumah kedua bagi orang yg mempunyai komplikasi buah pinggang,kencing manis dan darah tiggi.
Saya hanya boleh berdoa agak mak cepat smbuh dan dapat keluar wad awal..aminnn

Sabtu, 22 Jun 2013

Penghargaan pelanggan

Assalamualaikum w.b.t..alhamdulillahh...dengan kesibukan yang Allah bagi,rezeki kesihatan dan kemudahan masuh sempat saya untuk menulis blog hari ni.
   Hari ni rasa nak upload gambar sebagai penghargaan customer yang tak jemu memberikan sokingan.Bukan nak menunjuk produk hasil tangan saya bagus.Tapi sebagai penghargaan kepada pelanggan yang sudi menjadi pembeli yang setia.
  Sekeping gambar terpaksa la saya capture di phone nokia yg biasa sbb phone tu tak ada screen capture..cap ayam la katakan.
Dan jangan lupe untuk like page facebook saya www.facebook.com/dailytasty

Jumaat, 21 Jun 2013

Malamku yang berjenis aktiviti

  Setelah hampir dua minggu berdendam dengan CikSiti@sitikus.
     AKhirnye semalam berjaya saya tumpaskan seekor,.Bukan saje-saje nak membunuh makhluk Allah,tapi memang takut mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.
  Bahaya penyakit kencing tikus ni memang dah diketahui umum,ditambah pulak yang ciksitu ni suka selongkar barang dan 'mengemaskan' tempat kerja kat bengkel saya.
   Dengan kemarahan yang dah lams dipendam saya menjalankan OPS DAULAT,memang mencari sitikus la.Akhirnye berjaya tumpaskan juga seekor.
   Aktiviti malam juga di akhiri dengan percubaan am(izham) membuat muffin original,dan ternyata budak ini memang air tangan die boleh dikatakan dapat 4bintang.
   Untuk menjaga kesihatan A.k.a nak bakar lemak yang telah dikumpul setelah menjamu muffin tadi,lebih kurang pukul 12 tengah malm bersiap dengan seluar pendek dan kasut,masa untuk joging di kawasan pantai..memang release tension,nak bising siket pon tak pe sebab orang takde..hehe
.minggu depan nk buat lagi la joging mcm ni...insyallahh

Rabu, 19 Jun 2013

Hokkaido cupcake

ALHAMdulillah sekali lagi,syukur kehadrat ilahi...
  Dengan segala penat lelah,akhirnya produk buatan dari air tangan sendiri berjaya jugak menapak di mydin mall kubang kerian.Sebenarnye,ini adalah minggu kedua kek hokkaido ni di pasarkan di food court mydin mall kubang kerian kota bharu kelantan.
  Memang orang cakap tak rugi kalau peramah dan tak sombong dengan orang.Berkenalan dengan kak Na,pemilik food court kek di mydin mall memang atas dasar bertanya khabar,perniagaan dan jualan.Tapi memang dah Allah tentukan jodoh nak jumpa dan rezeki untuk masukkan produk kat food court kepunyaan kak na tu..
  Jadi hari ni ,siapkan neberapa bekas kecil untuk jualan di food court kak na esk.target sale sekarang ni memang untuk hari minggu sahaja,jika mendapat permintaan ramai daripada pelanggan,mungkin akan menambahkan lebih banyak kuantiti pada masa akan datang..
   Dalam kesibukan menyiapkan kek hokkaido ,ada jgk la hamba allah order kek hari jadi untuk ibu nye.. Love u la ain,ingat jgk nak sambut birthday ibu.jangan ingat birthday pakwe je.

Ahad, 16 Jun 2013

Kehidupan sebagai anak dan usahawan yang ingin berjaya

Alhamdulillahhh
Dengan kesibukan dugaan yg allah bagi dari segi masa,situasi dan kaedaan mak yang baru selesai menjalankan pembedahan fistula@memasukkan tiub kecil di lengan untuk tujuan dialisis/mencuci darah,tetapi rezeki tetap Allah berikan belum putus-putus lagi.
   Walaupun kadang-kadang terpaksa membatalkam tempahan pelanggan ,tetapi alhamdulillah belum ada pelanggan yang marah sebab situasi kesihatan emak.
  Perniagaan ini telah dijalankan setahun lebih,jadi saya masih baru.Begitu juga dengan tenaga kerja yang ada,mereka masih belum berkemampuan untuk menghasilkan produk jika saya tiada ditempat kerja.Bila emak dimasukkan ke hospital maksudnye perniagaan terpaksalah dihentikan seketika.
   DEngan kudrat yang Allah bagi , akan sy terus berkhidmat kepada yg wajib,my mom.Biar mendapat seribu tawaran tetapi mak sy memang tiada galang gantinyA..
  Harap mak dapat jalankan dialisis ,dan sihat sepenuhnya...aminnn
  Ini gambar kek coklat butter dan kek birthday ...terima kasih pelanggan yang tidak kekok memberi sokongan moral ..