nufnang

Rabu, 19 Jun 2013

Hokkaido cupcake

ALHAMdulillah sekali lagi,syukur kehadrat ilahi...
  Dengan segala penat lelah,akhirnya produk buatan dari air tangan sendiri berjaya jugak menapak di mydin mall kubang kerian.Sebenarnye,ini adalah minggu kedua kek hokkaido ni di pasarkan di food court mydin mall kubang kerian kota bharu kelantan.
  Memang orang cakap tak rugi kalau peramah dan tak sombong dengan orang.Berkenalan dengan kak Na,pemilik food court kek di mydin mall memang atas dasar bertanya khabar,perniagaan dan jualan.Tapi memang dah Allah tentukan jodoh nak jumpa dan rezeki untuk masukkan produk kat food court kepunyaan kak na tu..
  Jadi hari ni ,siapkan neberapa bekas kecil untuk jualan di food court kak na esk.target sale sekarang ni memang untuk hari minggu sahaja,jika mendapat permintaan ramai daripada pelanggan,mungkin akan menambahkan lebih banyak kuantiti pada masa akan datang..
   Dalam kesibukan menyiapkan kek hokkaido ,ada jgk la hamba allah order kek hari jadi untuk ibu nye.. Love u la ain,ingat jgk nak sambut birthday ibu.jangan ingat birthday pakwe je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan