nufnang

Jumaat, 13 September 2013

allah sayangkan emak

pada pukul 11 pagi..doktor menyatakan bahawa degupan janting emak telah berhenti..tetapi dengan ikhtiar doktor Alhamdulillah selepas ditekan hampir 20minit ..degupan jantung kembali ada..
Hati mana tak runtun..jiwa mana tak sedih bila doktor menyatakan bahawa emak tidak lagi mempunyai harapan..dengan lima jenis ubat yang di masukkan ..dengan 4 jenis mesin..ya allahh jika engkau ingin mengambil nyawa emak..maka permudahkanlah dan jika engkau ingin sembuhkan maka rawatilah dengan kuasamu ya allahh..kami hanya mampu berdoa dan berikhtiar..dengan hanya melihat paparan skrin degupan jantung yang semakin menurun..
tepat jam 7.27malam Allah telah mengambil orang yang paling saya sayang.Tiada lagi tempat mengadu,tempat berkongsi cerita suka duka,tiada tempat melawak jenaka..Hanya adik beradik,saudara mara, kawan peneman duka..Allah tempat saya bakal mengaduu..
Ya Allah kuatkanlah aku untuk harungi semua ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan